kul bape skrang nie....


Thursday, June 9, 2011

tabiat berdusta??

Menipu merupakan 1 perbuatan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya.

Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30)

Dalam sebuaha riwayat dikisahkan, merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oleh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu.

Berusahalah untuk bertaubat daripada perbuatan menipu ini :

1. Kembali kepada Allah SWT dengan mengikuti segala ajaran-Nya dan bertaubat dengan taubat nasuha.
2. Bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenarnya sambil mengharapkan keutamaan-Nya.
3. Bersyukur kepada Allah kerana telah membuka hati kita kepada bertaubat kepada-Nya, insya Allah segala kesilapan yang telah kita lakukan pada masa silam akan diampunkan-Nya.

Wednesday, March 16, 2011

reda bile diuji...

Assalamualaikum~

Da lame x update tentang blog nie... erm mungkin sbb terlalu bz ngan kerja yang melambak-lambak yang x pernah nak settlenye kan.... huhuhuhuhuhuhuh.... erm for the first thing, kali nie nak cite sal program2 yang da joint sepanjang bulan nie... huhuhuhuhuhu... mmg bz giler... hidup pun da jadi huru-hara da nie.. jalan pun mcm kaki kat atas, kepale kat bawah... adeh.... tapi x pe, akan ak cube harungi nyer dengan tabah dan bersemangat... hhhhmmmmmm~~

Erm first skali ari tu joint program kepimpinan kat u je program nie.... Sekolah high school... jadi fasi... Seronok taw lg2 bile student die sume lelaki.... hahahhhaahhhaah... erm secondly, program kat smk permata jaya.... Ni mmg nak terbalik da rase nye mase nie... Mase nie jd pengarah program.... N the same time, jadi s/u untuk program camping kat gunung ledang, n jadi timb pengarah untuk program ceramah kerjaya PTA nyer... huhuhuhuhu.. kalo x nak running program motivasi pelajar kat SMV muar, tp, bile mengukit kekangan masa, yg mmg x ckup2, ak decide, just cancel it... penat owh~~

erm first time jadi pengarah??? what i feel?? erm quite excited, especially kat sekolah kg halaman sendiri kan... huhuhuhuhu... mmg bnayk cabaran, dan bnyak lagi yg kene belajar... pengalaman nie bukan sahaja kat sni sahaja bagi ak, tapi ak akan gune semasa ak d sekolah nanti, sebagai seorang pendidik.... InsyaAllah~

Program camping kat gunung ledang pulak??
huhuhuhuh.. sgt2 mencabar... Sbb??? program nie dengan budak kelas kami sendiri... dan ak dan sebahagian kawan2 kene berlakon jadi sebagai seorang guru depann kawan2 yg da 3 thn kami bersama.... erm mmg mencabar... Ada pula yang menjadi budak nakal.... Sume nye cube diatasi dengan sebaik mungkin.... Erm kat gunung ledang yg paling best bile mendaki gunung... first time nh daki gunung... mmg dasyat.... jalan nyer pun mencabar...kami daki gunung selama 3 jam, dan turun semula selama 3 jam... dengan sabar kami semua mendaki gunung tue.. N part yang paling best bile sampai ke kolam gajah... air die sgt sejuk n very natural.... heheheheehehe..... sume penat tu hilang lepas main2 air kat situ... Kat sini ak belajar, untuk mencapai sesuatu nikmat tu, bukanlah senang, tp, kita kenne bnyak bersabar dan kuatkan semangat... Frankly speak, kalau x kuat semangat mmg x kuat nak daki gunung tue, perjalanan da la selama 3 jam dan jalannya sangat mencabar.... huhuhuhuhu... pape pun hepy...... very hepy, walaupun ad miscommunication skit ngan dak2 kelas... besela tue kan.... pape pun bende nie sume boleh settle.. just take time~
pape pun, kami 1 group sudah melakukan yg terbaik utk team nie, n itu la hasilnya..... balik2 dari gunung ledang, kami ad 1 test.Teknologi maklumat dalam PTV.B4 g ledang pulan kami ad 2 test. Test pada ari yang same.. mmg gilo,...... huhuhuhuhuhu... Mggu sebelum bertolak ke ledang kami 1 rumah da 2 kali terlepas kelas... mmg dasyat....sume sbb terlalu penat +serabut pasal nak urus program kat ledang nie.... hikhikhikhik..... nak ckap klaka pun ad gak sebenarnye...pape pun ni la life as student thn 3, sem 2 FPTEK kt UTHM nie....

Skrang??? fokus kat study dulu... udah2 la tu ekin oiiiiiiii berprogram nie.. fokus kat study..... sem nie mmg huru-hara skit.... Allah j yg tahu ap yg ak rase.... dugaan mmg slalu dtg, terpulang la pada kita untuk menyelesaikan nye dengan cara yang bagaimana... PSM lagi 3 mggu lg nak anta report, projek elektronik industri pun same. Highway kene wat kajian sal smart tunnel, kene g sane pulak.... erm bekalan air dan sistem pun ad projek... mekanik pepejal ad assgment.... agama islam ad kuiz n presentation... mmg x d mase nak berehat sem nie.. nak tarik nafas pun kalo ikutkan x sempat sbb terlalu bnyak keje nak kene wat....

bersabarla ekin.... hadapinya dengan tabah.....
masalah cinta??? ak serahkan kepada Allah... pape pun ak da wat yg terbaik untuk hubungan kami... da kering da air mata ni menangis.... cinta, hati dan perasaan ak hnyalah untuk lelaki yang benar2 menyayangi ak, dan boleh terima ak seadanya... Kuserahkan hati ku kepada Allah Ya Rabbi......Sesungguhnya,Allah lebih mengetahui segalanya... Wlaupun dugaan yang terjadi, ak perlu tabah dan pasrah... Kuatkan semangat ekin.... chaiyok3X....

Hadapilah semua ini dengan............ ~SENYUMAN~


-wassalam-

Sunday, February 6, 2011

Penghijrahan Diriku....

Allah hu Rabbi.....
Besar sungguh kuasa Allah itu... Ku bersyukur kerana pintu hatiku telah dibuka.... Alhamdullillah ak berasa semakin dekat dengan mu Ya Allah....

Penghijrahan diriku ini ikhlas kerana ak ingin mendekatkan diri kepada Allah.. Ak takut akan balasan yang Allah jatuhkan kepada hambanya yang ingkar... Usah dipertikaikan perubahan ak ini.... Usah difikirkan perubahan ini kerana orang lain... Usah difikirkan perubahan ak ini kerana cuba untuk menyembunyikan kesilapan yang ak lakukan...... Usah difikirkan perubahan ak ini kerana melihat kawan2 ku berubah.... Usah difikirkan perubahan ak ni kerana hanya berlakon untuk menjadi seorang yang baik.....

Tetapi, ikhlas ku katakan perubahan ku ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah....Semuanya ikhlas kerana mu Ya Allah.....

Dulu, kalau tngk org cerita ttg agama, ak bnyak mendiamkan diri.... tapi diam diri ak bukan kerana ak minat, tetapi ak hormat kan mereka yang menceritakan kepada ak....Tp tidak bersedia lagi untuk melakukan perubahan....

Kini, kalau tngk org bercerita tentang agama, ak juga akan mendiamkan diri... tapi, bukan kerana ak bosan atau tidak berminat, tetapi adalah kerana ak tersentuh dengan cerita, dan memikirkan kebesaran kuasa Allah... Dengan minat ak cube mendengar....Sungguh... ak amat kesali perbuatan masa lalu... kalau boleh ku undur kan masa ini, perbetulkan semula kesilapan yang ak lakukan~~~
tapi apalah dayaku....

ekyn..... just let it go sayang....
sayangilah dirimu ini....hargailah apa adanya.....

Mulakan la hidup yang baru dengan azam yang baru...... Ak akan cuba sedaya mungkin untuk cuba mengejar kejayaan dunia serta akhirat.... Biarlah keduanya bergerak seiring.... Sungguhnya, hidup di dunia ini sementera sahaja, tapi alam akhirat nanti la yang akan kekal abadi....

Semoga ak zuhud dalam melakukan penghijrahan ini.... Amiiiinn.....

Thursday, February 3, 2011

Suami Ideal...???

Ade pepatah mengatakan bahawa kita memilih pasangan juga bermaksuh memilih individu yang boleh mewariskan kasih sayang~~

So, ciri-ciri pasangan ideal bernama suami boleh ler dijadikan rujukan melalui senarai elemen2 ini :


Pertama,

Suami ideal berkongsi tanggungjawab bersama.

Dalam suatu cerita yang disampaikan oleh Khadija Haffagee, beliau berkongsi pengalaman seorang suami yang berkongsi tanggungjawab menjaga anak.

Waktu itu lelaki ini sedang mengerjakan sembahyang. Bayi berusia tiga bulan yang dijaganya diletak di sisinya ketika sembahyang. Selepas itu, dipangkunya bayi ini dan meneruskan membaca zikir selepas sembahyang.

Jari jemari comel bayi tiga bulan digerakkan perlahan-lahan satu persatu menggantikan tasbih yang digunakan. Jari-jari comel ini menjadi tasbihnya.



Kedua,

Suami ideal menghormati hak isteri

Dalam suatu cerita, Nabi Muhammad tidur bersama-sama isterinya, Aisyah. Menjadi hak Aisyak bersama-sama suaminya pada hari itu. Nabi Muhammad bercadang handak bersembahyang sunat, sebagai suami yang ideal yang menjaga hak isteri, beliau memohon izin daripada isterinya untuk bangun dan mengerjakan sembahyang.



Ketiga,

Suami ideal mudah didekati

Dr. Abdullah Hakim Quick berkata suami yang ideal adalah suami yang mudah didekati anak-anak dan isteri. Suami ideal tidak menjadikan sikap bengis, dingin dan marah sabagai cara meraih hormat pasangan. Cara ini bertujuan menakut-nakutkan ahli keluarga.




Keempat,

Suami yang ideal adalah lekai yang budiman

Tujuan Tuhan melarang sentuhan lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumah tangga adalah ujian yang kecil sifatnya tetapi mempunyai maksud yang besar. Ia menjadi ukuran sejauh mana lelaki menghormati jarak peribadi perempuan sebelum dinikahinya.

Ia juga sebagai ujian mudah daripada Tuhan sama ada lelaki itu mempunyai prinsip yang tegas pada diri sama ada hendak melintasi garis ataupun kekal dalam kawalan sebelum berkahwin.

Tuhan mendidik manusia dengan peraturan. Dalam bercinta juga ada didikan daripada Tuhan. Sikap sabar lelaki dididik dengan peraturan ini. Lelaki dididik menjadi pelindung perempuan dengan peraturan ini.

Lelaki ideal yang menjadi suami idaman isteri dididik melalui praktis semudah ini. Suami ideal adalah lelaki yang budiman sebelum lafaz nikahnya.

Wednesday, February 2, 2011

Dajjal..

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:

"Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling
hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus
oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang
terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil
datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku
masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap
mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga
dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu
tempat antara Syam dan Irak. Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat
sekali. Wahai hamba Allah, wahai
manusia, tetaplah kamu. Di sini akan
saya terangkan kepada kamu
ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan
oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku
dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak
ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu
nanti dia mengaku sebagai Tuhan.
Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak
mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.
Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah
SWT tidak cacat, bahkan tidak sama
dengan baharu. Dan juga di antara dua
mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang
dapat dibaca oleh setiap mukmin yang
pandai membaca atau buta huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia
membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu
sebenarnya syurganya sedangkan syurganya
itu neraka, yakni panas. Sesiapa di
antara kamu yang disiksanya dengan
nerakanya, hendaklah dia meminta
pertolongan kepada Allah dan hendaklah
dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka
nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api
yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi
sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia
berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan
ayah atau ibumu yang sudah lama
meninggal dunia itu, apakah engkau
mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab
itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan
pun datang menyamar seperti ayah atau
ibunya.
Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan
suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata
kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia,
sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu
seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah
dua. Setelah itu dia katakan kepada
orang ramai: "Lihatlah apa yang akan
kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang
akan kuhidupkan dia semula.
Dengan izin Allah orang mati tadi hidup
semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu
bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang
dia bunuh itu, yang kebetulan orang
beriman, menjawab: "Tuhanku adalah
Allah, sedangkan engkau adalah musuh
Allah." Orang itu bererti lulus dalam
ujian Allah dan dia termasuk orang yang
paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara
tipu dayanya juga dia suruh langit
supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan
pun turun. Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya
tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian
yang paling berat bagi manusia, Dajjal
itu datang ke perkampungan orang-orang
baik dan mereka tidak mengakunya sebagai
Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang
yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan.
Disebabkan yang demikian hujan turun di
tempat mereka dan tanam-tanaman mereka
pun menjadi. "Tidak ada kampung atau
daerah di dunia ini yang tidak didatangi
Dajjal kecuali Makkah dan Madinah.
Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi
oleh Dajjal kerana dikawal oleh
Malaikat. Dia hanya berani menginjak
pinggiran Makkah dan Madinah. Namun
demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota
Madinah bergoncang seperti gempa bumi.
Ketika itu orang-orang munafik kepanasan
seperti cacing dan tidak tahan lagi
tinggal di Madinah. Mereka keluar dan
pergi bergabung dengan orang-orang yang
sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah
yang dikatakan hari pembersihan kota
Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah
atau tipu daya yang dibawanya itu,
Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian
mereka mendustakannya (tidak beriman
kepadanya), maka disebabkan yang
demikian itu tanam-tanaman mereka tidak
menjadi dan hujan pun tidak turun di
daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu
tempat mengajak mereka supaya beriman
kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya.
Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal
menyuruh langit supaya menurunkan
hujannya dan menyuruh bumi supaya
menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka
mereka mudah mendapatkan air dan
tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah
s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya
Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu
tahun orang-orang pendusta dipercayai
orang dan orang jujur tidak dipercayai.
Orang yang tidak amanah dipercayai dan
orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya
Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi
yang paling baik adalah Madinah. Pada
waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal
oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup
memasuki Madinah. Pada waktu datangnya
Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah
bergegar tiga kali. Orang-orang munafik
yang ada di Madinah (lelaki atau
perempuan) bagaikan cacing kepanasan
kemudian mereka keluar meninggalkan
Madinah. Kaum wanita adalah yang paling
banyak lari ketika itu. Itulah yang
dikatakan hari pembersihan. Madinah
membersihkan kotorannya seperti tukang
besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang
diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk
ke rumahku ketika aku sedang menangis.
Melihat saya menangis beliau bertanya:
"Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya
Rasulullah, engkau telah menceritakan
Dajjal, maka saya takut mendengarnya."
Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya
Dajjal datang pada waktu aku masih
hidup, maka aku akan menjaga kamu dari
gangguannya. Kalau dia datang setelah
kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta
dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya
Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal
muncul pada waktu orang tidak berpegang
kepada agama dan jahil tentang agama.
Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari,
yang mana satu hari terasa bagaikan
setahun, ada satu hari yang terasa
bagaikan sebulan, ada satu hari yang
terasa satu minggu, kemudian hari-hari
berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah,
tentang hari yang terasa satu tahun itu,
apakah boleh kami solat lima waktu
juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:
"Ukurlah berapa jarak solat yang lima
waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu
nanti akan berkata: "Akulah Tuhan
sekalian alam, dan matahari ini berjalan
dengan izinku. Apakah kamu bermaksud
menahannya?" Katanya sambil ditahannya
matahari itu, sehingga satu hari lamanya
menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya
menahan matahari itu, dia berkata kepada
manusia: "Sekarang apakah kamu ingin
supaya matahari itu berjalan?" Mereka
semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka
dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan
menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w
bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada
umatku dan dia akan hidup di
tengah-tengah mereka selama empat puluh.
Saya sendiri pun tidak pasti apakah
empat puluh hari, empat puluh bulan atau
empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT
mengutus Isa bin Maryam yang rupanya
seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan
kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya
Dajjal hampir semua penduduk dunia
menjadi kafir, yakni beriman kepada
Dajjal. Menurut ceritanya orang yang
tetap dalam iman hanya tinggal 12,000
lelaki dan 7,000 kaum wanita.


Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau
seayat."

Tuesday, February 1, 2011

Ujian adalah tarbiyah dari Alah...

S etiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah.... lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

sebahagian org seperti ikan buta, yg ingat die berada didalam gelas kecil, walhal die berada dilautan ....
Kita diciptakan di alam keimanan yg begitu luas, namun acap kali kita menyempitkan jiwa kita dgn segunung-gunung kebencian, ketakutan, permusuhan dan kesedihan... Jika ada org yg menyakiti kita maka ingtlah akn qadha ALLAH, keutamaan memberi keampunan, pahala menjalaninya dgn tabah, ganjaran bersabar, ingat bahawa dia brtindak sbg pihak yg menzalimi dan kita brtindak sbg pihak yg dizalimi. Dgn itu kita akn mnjd org yg paling merasa bahagia....

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!