kul bape skrang nie....


Thursday, February 3, 2011

Suami Ideal...???

Ade pepatah mengatakan bahawa kita memilih pasangan juga bermaksuh memilih individu yang boleh mewariskan kasih sayang~~

So, ciri-ciri pasangan ideal bernama suami boleh ler dijadikan rujukan melalui senarai elemen2 ini :


Pertama,

Suami ideal berkongsi tanggungjawab bersama.

Dalam suatu cerita yang disampaikan oleh Khadija Haffagee, beliau berkongsi pengalaman seorang suami yang berkongsi tanggungjawab menjaga anak.

Waktu itu lelaki ini sedang mengerjakan sembahyang. Bayi berusia tiga bulan yang dijaganya diletak di sisinya ketika sembahyang. Selepas itu, dipangkunya bayi ini dan meneruskan membaca zikir selepas sembahyang.

Jari jemari comel bayi tiga bulan digerakkan perlahan-lahan satu persatu menggantikan tasbih yang digunakan. Jari-jari comel ini menjadi tasbihnya.



Kedua,

Suami ideal menghormati hak isteri

Dalam suatu cerita, Nabi Muhammad tidur bersama-sama isterinya, Aisyah. Menjadi hak Aisyak bersama-sama suaminya pada hari itu. Nabi Muhammad bercadang handak bersembahyang sunat, sebagai suami yang ideal yang menjaga hak isteri, beliau memohon izin daripada isterinya untuk bangun dan mengerjakan sembahyang.



Ketiga,

Suami ideal mudah didekati

Dr. Abdullah Hakim Quick berkata suami yang ideal adalah suami yang mudah didekati anak-anak dan isteri. Suami ideal tidak menjadikan sikap bengis, dingin dan marah sabagai cara meraih hormat pasangan. Cara ini bertujuan menakut-nakutkan ahli keluarga.




Keempat,

Suami yang ideal adalah lekai yang budiman

Tujuan Tuhan melarang sentuhan lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumah tangga adalah ujian yang kecil sifatnya tetapi mempunyai maksud yang besar. Ia menjadi ukuran sejauh mana lelaki menghormati jarak peribadi perempuan sebelum dinikahinya.

Ia juga sebagai ujian mudah daripada Tuhan sama ada lelaki itu mempunyai prinsip yang tegas pada diri sama ada hendak melintasi garis ataupun kekal dalam kawalan sebelum berkahwin.

Tuhan mendidik manusia dengan peraturan. Dalam bercinta juga ada didikan daripada Tuhan. Sikap sabar lelaki dididik dengan peraturan ini. Lelaki dididik menjadi pelindung perempuan dengan peraturan ini.

Lelaki ideal yang menjadi suami idaman isteri dididik melalui praktis semudah ini. Suami ideal adalah lelaki yang budiman sebelum lafaz nikahnya.

No comments:

Post a Comment